Makalah
Disusun dalam Rangka Kegiatan UM – UPI Stundent Exchange
Tanggal 21 Juli – 18 Agustus 2010
Disusun oleh,
Okeu Rizky Suparman
Mauren Gitta
Miranti Syahrudin
Mela Amelia
(Indonesia
University of Education)
Leong Kit Yen
Siti Nur Fatihah
Binti Harun
UNIVERSITI
MALAYA
BEKERJASAMA
DENGAN
UNIVERSITAS
PENDIDIKAN INDONESIA
BANDUNG
2010
Food Habitual Teenager in Malaysia
and Indonesia
(Gaya Pemakanan Antara Remaja
Malaysia dan Indonesia)
Okeu Rizky Suparman
Mauren Gitta
Miranti Syahrudin
Mela Amelia
(Indonesia
University of Education)
Leong Kit Yen
Siti Nur Fatihah
Binti Harun
(University of
Malaya)
Abstract
ABSTRACT
Nutrients and a balanced diet is very important
to an individual for a balanced diet of nutrients and allows the physical and
mental health. According to Bowker et al. (1990), breakfast affects cognitive
ability of a people. Currie et al. (1997) and Roberts et al. (1997) in Bowker
et al. (1999), that now on the food habitual student is not healthy because students do not take
breakfast before they go to school. This study is analyse food habitual
teenagers in Indonesia and Malaysia in their daily life. Which is can affect
they way they study and spare they knowledge. Simeon and MacGregor (1989) in
Bowker (1999) also said that does not take or not take breakfast is associated
with poor performance in school learning. Documentation analysis was used as a
methodology to answer the research questions. Findings show Teenagers in
Malaysia and Indonesia who practice unhealthy eating styles, so that nutrients
and nutrient imbalances occur and affect the physical, mental and social. Tonny
Sajimin from the Department of Medicine, Faculty Doctoral Gajah Mada
University, Indonesia said that the nutritional status has a positive
correlation with the physical quality of people.So should be given an education
to each community by giving lectures or seminars on the dangers of imbalance
diet and unhealthy eating styles. With this, people will be more
self-discipline in maintaining their diet and their beloved family. Due to the
negative style of eating has proven negative effects.
Keyword:Food
habitual, Nuutrition, teenager
Food Habitual Teenager in Malaysia
and Indonesia
(Gaya Pemakanan Antara Remaja
Malaysia dan Indonesia)
Okeu Rizky Suparman
Mauren Gitta
Miranti Syahrudin
Mela Amelia
(Indonesia
University of Education)
Leong Kit Yen
Siti Nur Fatihah
Binti Harun
(University of
Malaya)
Abstract
Nutrisi dan diet
yang seimbang sangat penting bagi individu untuk diet seimbang dan membolehkan
nutrisi kesihatan fizikal dan mental. Menurut Bowker et al. (1990), sarapan
mempengaruhi kemampuan kognitif dari orang. Currie et al. (1997) dan Roberts et
al. (1997) dalam Bowker et al. (1999), yang sekarang mahasiswa kebiasaan
makanan tidak sihat kerana pelajar tidak sarapan sebelum mereka pergi ke
sekolah. Pengajian ini menganalisis kebiasaan makanan remaja di Indonesia dan
Malaysia dalam kehidupan sehari-hari. Yang dapat mempengaruhi mereka cara
belajarnya dan suku mereka pengetahuan. Simeon dan Macgregor (1989) dalam
Bowker (1999) juga mengatakan bahawa tidak mengambil atau tidak mengambil
sarapan dikaitkan dengan prestasi yang buruk di sekolah belajar. Dokumentasi
analisis digunakan sebagai metodologi untuk menjawab soalan kajian. Penemuan
menunjukkan remaja di Malaysia dan Indonesia amalan yang gaya makan tidak
sehat, sehingga gizi dan ketidakseimbangan gizi berlaku dan mempengaruhi
fizikal, mental dan sosial. Tonny Sajimin daripada Jabatan Perubatan, Fakulti
Doktor Universiti Gajah Mada, Indonesia mengatakan bahawa status gizi mempunyai
korelasi positif dengan high fizikal manusia . Jadi harus diberikan pendidikan
kepada masyarakat masing-masing dengan memberikan kuliah atau seminar mengenai
bahaya ketidakseimbangan diet dan gaya makan yang tidak sihat. Dengan ini,
orang akan lebih disiplin diri dalam mempertahankan diet mereka dan keluarga
tercinta mereka. Karena gaya negatif dari makan telah membuktikan kesan negative
Keyword:Food habitual,
Nuutrition, teenager
Pengenalan
Nutrien dan gizi
yang seimbang adalah amat penting kepada seseorang individu kerana nutrien dan
gizi yang seimbang ini membolehkan perkembangan fizikal dan mental yang sihat.
Menurut Govindji et al. (2002), pelajar yang kekurangan nutrien tertentu dalam
dietnya; contohnya, zat besi, iodin dan protein tidak mempunyai potensi yang
sama untuk belajar seperti pelajar yang sihat. Beliau juga menyatakan bahawa,
diet yang tidak sihat menjadi salah satu penyebab berlakunya kemurungan atau
perasaan dan emosi yang tidak stabil. Ini bermakna, nutrien dan gizi yang
seimbang adalah amat penting untuk perkembangan fizikal dan mental supaya
proses pembelajaran adalah lancar.
Menurut Bowker et al. (1990), sarapan pagi mempengaruhi
kebolehan kognitif seseorang. Currie et al. (1997) dan Roberts et al. (1997)
dalam Bowker et al. (1999), mendapati
gaya pemakanan pelajar adalah tidak sihat kerana tidak mengambil sarapan pagi
sebelum mereka ke sekolah. Simeon dan MacGregor (1989) dalam Bowker (1999) pula
menyatakan bahawa tidak mengambil atau kurang mengambil sarapan pagi dikaitkan
dengan prestasi pembelajaran yang lemah di sekolah. Rosso (1999), menyatakan
bahawa tahap kesihatan dan nutrisi yang rendah di kalangan pelajar sekolah
menyumbang kepada sistem pendidikan yang tidak efisien. Oleh itu, jika
seseorang individu tidak bersarapan pagi, pembelajaran seseorang individu itu
mungkin akan terbantut.
Gaya pemakanan masyarakat di Malaysia adalah kurang sihat sehingga
menyebabkan gizi tidak seimbang. Menurut Tatang S. Falah
(2006), banyak kota di Indonesia, masyarakatnya mengalami gizi yang tidak
seimbang dan adalah teruk. Kajian syarikat maklumat pasaran TNS Asia panel tidak lama dahulu mendapati bahawa Malaysia
mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan
masalah obesiti tertinggi berbanding negara lain di Asia (Utusan Malaysia
Online, 2007).
Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan
kebanggaan masyarakat Malaysia dan Indonesia yang menikmatinya daripada sarapan
pagi, makan tengah hari dan malam. Budaya makan makanan segera yang sebahagian
besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya
Indonesia dan Malaysia. Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi
yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia
dan juga Indonesia. (Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor, 2010). Selain itu kandungan
kolesterol yang terdapat dalam minyak jenuh makanan segera sangatlah berbahaya
untuk tubuh.
Gaya pemakanan yang tidak
sihat akan mengakibatkan masalah kegemukan yang akan juga mempengaruhi emosi
serta psikososial seseorang individu. Selain itu, proses pembelajaran juga akan
terbantut jika mengamalkan gizi yang tidak seimbang hasil daripada gaya pemakanan
yang tidak sihat. Apabila seseorang individu mengamalkan gizi yang tidak
seimbang, individu ini mungkin akan mengalami masalah kegemukan atau terlalu
kurus. Kebanyakan masyarakat di Malaysia dan Indonesia lebih cenderung menjadi
obes berbanding yang terlalu kurus kerana cara penyediaan makanan adalah kurang
sihat di mana makanan dimasak dengan cara menggoreng.
Presiden Persatuan Kajian
Obesiti Malaysia, Prof Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang
tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar
generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit. Oleh itu, masalah kegemukan yang akan
menyebabkan masalah emosi dan psikososial perlulah diatasi dengan segera dengan
memberi perhatian kepada gizi seimbang semasa makan.
Objektif Kajian
1.
Mengkaji
gaya pemakanan bagi remaja sebagai rujukan menu sihat seimbang.
2.
Mengenalpasti
gaya pemakanan untuk remaja Indonesia dan Malaysia
3.
Mengkaji
kesan daripada gaya pemakanan antara remaja Indonesia dan Malaysia.
4.
Mengenalpasti
gaya pemakanan yang sihat untuk remaja Malaysia dan Indonesia
Soalan Kajian
1.
Apakah
gaya pemakanan remaja sebagai rujukan menu sihat seimbang ?
2.
Apakah
gaya pemakanan remaja Indonesia dan Malaysia ?
3.
Apakah
kesan gaya pemakanan antara remaja Indonesia dan Malaysia ?
4.
Apakah
gaya pemakanan yang sihat untuk remaja Indonesia dan Malaysia ?
Metodologi
Metodologi yang digunakan untuk mendapatkan hasil kajian
adalah dengan cara analisisis dokumen, iaitu dari sumber sekunder. Selain itu,
ahli kumpulan juga membuat pemerhatian ke atas orang disekelilingnya bagi
mendapatkan maklumat berdasarkan maklumat daripada sumber sekunder. Proses soal
selidik dan temubual tidak dijalankan kerana kekangan masa. Kesahan dan
kebolehperayaan untuk kajian kami agak sukar untuk ditentukan kerana data
adalah data sekunder. Walau bagaimanapun, kebolehpercayaan dan kesahan kajian
berskala kecil kami berdasarkan kebolehpercayaan dan kesahan dari data asal
yang kami pilih sebagai data sekunder. Data sekunder kajian adalah dari artikel
jurnal dan official website dari
internet.
Hasil Kajian
Hasil kajian dibincangkan
berdasarkan soalan kajian seperti di atas. Dalam soalan kajian pertama, makanan
yang bergizi dan bernutrien adalah makanan yang mengandungi zat-zat nutrien
yang diperlukan oleh tubuh badan agar tubuh badan dapat melakukan
fungsi-fungsinya dengan sebaik-baiknya. Dengan kata lain, zat atau nutrien
sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk pertumbuhan, pemuliharaan dan
pemeliharaan tisu-tisu tubuh badan supaya semua organ badan berfungsi dengan
baik.
Menurut Prof. DR. Made
Astawan, Dosen Jurusan Teknologi Pangan dan Gizi-IPB, status gizi
seseorang dipengaruhi oleh banyak faktor, antara lain tingkat pendapatan,
pengetahuan gizi dan budaya setempat.Tingginya pendapatan yang tidak diimbangi
pengetahuan gizi yang cukup, akan menyebabkan seseorang menjadi sangat konsumtif
dalam pola makannya sehari-hari. Dapat dipastikan bahawa pemilihan suatu bahan
makanan lebih didasarkan kepada pertimbangan selera daripada nilai gizi.
Dewasa ini, arus globalisasi semakin meningkat dan turut memberi
kesan kepada peningkatan globalisasi pada penggunaan makanan. Hal ini memang
tidak dapat dielakkan. Kecenderungan untuk memakan makanan import seperti
makanan segera telah mengalami peningkatan yang tinggi terutamanya di kalangan
generasi muda dan golongan ekonomi pertengahan yang tinggal di bandar. Makanan
segera yang sangat digemari oleh para remaja adalah seperti Kentucky Fried
Chicken (KFC), Mc Donalds, Pizza Hut dan banyak lagi. Jadi,
hal ini memberi kesan buruk kepada makanan tradisional. Minat terhadap makanan
tradisional mulai menurun.
Secara umumnya, gizi dan
nutrien sangat mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal seseorang individu.
Selain itu, gizi dan nutrien juga memberi kesan kepada produktiviti dan juga
kecekapan seseorang sama ada semasa belajar atau membuat kerja..
Dalam soalan kajian kedua, Negara Malaysia dan Indonesia
memiliki budaya masing-masing. Budaya makan di kedua-dua negara ini juga
melalui proses asimilasi. Terdapat pelbagai jenis makanan di kedua-dua negara
ini. Makanan di Indonesia dibahagikan mengikut daerah dan makanan di Malaysia dibahagikan mengikut
kaum. Di Kota Bandung-Indonesia, kebanyakan remaja lebih gemar memilih makanan
kegemaran mereka berbanding menilai diet makanan yang diambil. Makanan kegemaran bagi kebanyakan remaja di
Kota Bandung adalah Batagor (tauhu yang diisi dengan campuran aci- tepung
tapioka dan daging ikan tengiri), Nasi Goreng,
Mee Kocok, Siomay (Makanan khas Bandung yang dibuat dari tepung aci dan ikan),
Lontong Kari, Ayam Penyet Goreng dan banyak lagi. Makanan Indonesia
kebanyakannya berkonsepkan goreng dengan minyak yang banyak. Bagi individu yang
gemar makanan bergoreng ini tanpa had atau limitasi, individu ini besar
kemungkinan mengalami masalah obesiti.
Makanan di Malaysia
dibahagi mengikut kaum. Terdapat makanan Melayu, Cina dan India. Makanan Melayu
adalah hampir sama dengan makanan yang terdapat di Indonesia seperti Rendang,
Wajik, Dodol and sebagainya. Makanan Melayu di Malaysia adalah berkonsepkan
santan, manis dan pedas. Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, mereka mengutamakn
nasi putih manakala masyarakat Cina pula gemar memakan mee bagi menggantikan nasi
putih.
Makanan masyarakat Cina terbahagi kepada dua sifat, iaitu
Yin (sejuk- menurunkan kadar metabolisme) dan Yang (panas- meningkatkan kadar
metabolisme). Makanan yang seimbang bermaksud makanan yang mempunyai
keseimbangan antara Yin dan Yang. Bagi mencapai kesihatan maksimum, seseorang
individu perlu memakan makanan yang seimbang antara Yin dan Yang (Anderson,
E.N., 1987). Kebanyakan hidangan masyarakat Cina adalah berkonsepkan kukus,
didih dan goreng dengan minyak yang sedikit berbanding dengan masyarakat Melayu
dan India yang berkonsepkan goreng dengan minyak yang banyak.
Bagi masyarakat India pula, makanan India
adalah lebih mengutamakan bijian, kekacang dan sayuran seperti hidangan dhal. Konsep kebanyakan hidangan India
adalah pedas dan berempah (Bharadwaj, M., 2000) serta kebanyakannya berbentuk
roti (hidangan yang dibuat daripada tepung untuk menggantikan nasi).
Dalam
kajian ketiga, remaja di Negara Malaysia dan Indonesia yang mengamalkan gaya
pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan ketidakseimbangan nutrien dan gizi
lalu memberi kesan ke atas aspek fizikal, mental dan sosial. Seperti yang
dinyatakan di bahagian pengenalan, seseorang individu yang tidak mempunyai
nutrien yang seimbang, individu ini akan mengalami masalah pembelajaran. Hal ini
berlaku kerana nutrien yang penting tidak mencukupi untuk bahagian otak. Bagi
individu yang tidak bersarapan pagi akan menyebabkannya tidak dapat menumpukan
perhatian dalam pembelajaran dan aktiviti hariannya. Hal ini berlaku kerana
kelaparan yang menyebabkan pengeluaran tenaga lebih daripada pengambilan
tenaga. Oleh itu, bagi menjamin kehidupan harian yang produktif, pengambilan
sarapan pagi yang seimbang adalah penting.
Tonny Sajimin dari Jurusan
Perubatan, Fakulti Kedoktoran Universiti Gajah Mada, Indonesia mengatakan
bahawa status gizi mempunyai korelasi positif dengan kualiti fizikal manusia.
Semakin baik status gizi seseorang individu, semakin baik kualiti fizikalnya.
Hal ini bermaksud, jika seseorang individu itu mempunyai status gizi yang baik,
maka ketahananan dan kemampuan tubuh badan individu tersebut mampu melakukan
pekerjaan dengan baik. Menurut Darwin Karyadi (1984), gizi yang seimbang boleh
menaikkan produktiviti seseorang individu. Pada dasarnya, zat-zat yang
diperlukan oleh seseorang individu bergantung kepada aktiviti yang dilakukannya
dalam sehari. Semakin berat aktiviti yang dilakukan, semakin banyak tenaga yang
diperlukan. Berdasarkan sumber daripada Widya Karya Nasional Pangan Dan Gizi,
LIPI 1998, keperluan tenaga bagi kaum lelaki dan perempuan adalah berbeza.
Didapati keperluan tenaga bagi kaum perempuan adalah lebih rendah berbanding
dengan kaum lelaki.
Jadual
1: Keperluan Tenaga Mengikut Umur
UMUR
|
JENIS KELAMIN
|
|
LAKI-LAKI
|
WANITA
|
|
10 – 12
|
2000 Kkal
|
1900 Kkal
|
13 – 15
|
2400 Kkal
|
2100 Kkal
|
16 – 19
|
2500 Kkal
|
2000 Kkal
|
20 – 45
|
2800 Kkal
|
2200 Kkal
|
46 – 59
|
2500 Kkal
|
2100 Kkal
|
>60
|
2200 Kkal
|
1850 Kkal
|
Sumber : Widya Karya Nasional Pangan Dan Gizi, LIPI 1998
Kabohidrat yang tidak
digunakan untuk menghasilkan tenaga terkumpul di dalam tubuh badan akan menjadi
lemak badan dan akhirnya menyebabkan obes.
Carta 1:
Purata min makanan yang dimakan oleh masyarakat Malaysia
Merujuk Carta 1,
masyarakat Malaysia gemar makan nasi putih (kabohidrat). Jika seseorang
individu tidak banyak mengerakkan badannya, tetapi masih mengambil nasi putih
yang banyak, individu ini akan menjadi obes pada jangka masa yang panjang.
Keperluan Angka Metabolik
atau Basal Metabolic Rate (BMR) adalah keperluan kalori minimum yang diperlukan untuk menampung
kehidupan semasa seseorang individu itu berehat. BMR adalah faktor terbesar
dalam menentukan tahap metabolisme secara keseluruhan dan berapa banyak kalori
yang diperlukan untuk mengekalkan, mengurangkan atau meningkatkan berat badan.
BMR ditentukan oleh ukuran dan komposisi tubuh badan, umur dan gender. Selain
itu, berat badan juga menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi BMR
Jadual 2: Rumusan FAO/WHO/UNU untuk menentukan BMR
Kumpulan Umur
|
BMR
|
|
Lelaki
|
Perempuan
|
|
0-3
3 - 10
10 - 18
18 - 30
30 - 60
≥ 60
|
60.9 B – 54
22.7 B + 495
17.5 B + 651
15.3 B + 679
11.6 B + 879
13.5 B + 487
|
61.0 B – 51
22.5 B + 499
12.2 B + 746
14.7 B + 496
8.7 B + 829
10.5 B + 596
|
Sumber:
FAO/WHO/UNU 1985 dalam Almatsier, 2004
Menurut FAO/WHO (1985),
keperluan tenaga seseorang individu adalah pengambilan tenaga yang berasal
daripada makanan yang diperlukan untuk menutupi pengeluaran tenaga seseorang.
Jika pengambilan tenaga adalah melebihi pengeluaran tenaga (gizi tidak
seimbang), seseorang individu itu akan mengalami masalah kegemukan. Pengambilan
tenaga boleh dikira berdasarkan aktiviti fizikal yang dijalankan dalam seharian
dan ini juga bergantung kepada gender seseorang individu itu. Merujuk kepada
Jadual 2: Perhitungan Aktiviti, kaum perempuan mempunyai nilai yang kurang
daripada lelaki kerana komposis tubuh badan atau saiz badan yang kecil hanya
memerlukan tenaga yang kurang berbanding dengan lelaki.
Jika gaya pemakanan yang
tidak sihat seperti memakan makanan penuh gula dan lemak walaupun aktiviti
ringan yang dijalankan (makanan yang memberi tenaga yang banyak), individu ini
akan mengalami kegemukan jika berlanjutan dalam jangka masa yang panjang. Boleh
dilihat, kebanyakan budaya makan di Malaysia dan Indonesia berkonsepkan makanan
bergoreng dan bergula walaupun mereka berehat di rumah dan tidak melakukan
aktiviti fizikal berat.
Bagi individu yang melakukan pekerjaan atau profesion yang memerlukan
aktiviti fizikal yang rendah, mereka tidak perlu memerlukan tenaga yang banyak.
Walau bagaimanapun, kebanyakan remaja di Malaysia dan Indonesia yang belajar
ataupun yang bekerja dalam pekerjaan yang aktiviti fizikalnya ringan gemar
memakan makanan yang menyumbangkan jumlah tenaga yang banyak (makanan berlemak
dan bergula- terutamanya makanan segera - fast
food). Hal ini menyebabkan sebab
utama masalah kegemukan atau obes di kalangan remaja Indonesia dan Malaysia.
Carta 2: Kekerapan remaja berumur 12-17 tahun makan
makanan segera (fast food), NSW, 2005
Sumber: New South Wales
School Students Health Behaviours Survey 2005 (HOIST). Centre for Epidemiology
and Research, NSW Department of Health
Kebanyakan
masyarakat di Malaysia dan Indonesia mengalami masalah obes kerana makan
makanan tinggi lemak yang terkandung pada makanan kegemaran mereka, iaitu
makanan segera seperti McDonald. Carta 2 menunjukkan kekerapan remaja kini
mengambil makanan segera. Masyarakat di Indonesia dan Malaysia adalah seperti
remaja di Negara barat yang akan mengambil makanan segera sekurang-kurannya 1
kali seminggu. Carta 1 pula menunjukkan purata min makanan yang diambil oleh
masyarakat Malaysia. Didapati masyarakat suka makan makanan bergula dan
mengambil karbohidrat setiap hari walaupun tidak menjalankan aktiviti fizikal
yang berat. Akhirnya masalah obesiti berlaku da kalangan masyarakat.
National
Obesity Forum menunjukkan bahawa para remaja yang menghadapai masalah kegemukan
memiliki tahap kebahagiaan, kepuasan, dan kepercayaan diri yang lebih rendah
jika dibandingkan dengan anak yang sihat dan langsing badannya.
Perbincangan
Kebanyakan kanak-kanak
Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Bagaimanapun, ada juga ramai
kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah pemakanan salah. Masalah ini timbul
sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau
mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Kaji Selidik Kesihatan
& Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu
daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan
dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.
Budaya
makan di kedua-dua negara ini juga melalui proses asimilasi. Terdapat pelbagai
jenis makanan di kedua-dua negara ini. Makanan di Indonesia dibahagikan
mengikut daerah dan makanan di Malaysia
dibahagikan mengikut kaum. Di Kota Bandung-Indonesia, kebanyakan remaja lebih
gemar memilih makanan kegemaran mereka berbanding menilai diet makanan yang
diambil. Makanan kegemaran bagi kebanyakan
remaja di Kota Bandung adalah Batagor, Nasi
Goreng, Mee Kocok, Siomay, Lontong Kari, Ayam Penyet Goreng dan banyak lagi.
Makanan Indonesia kebanyakannya berkonsepkan goreng dengan minyak yang banyak.
Bagi individu yang gemar makanan bergoreng ini tanpa had atau limitasi,
individu ini besar kemungkinan mengalami masalah obesiti.
Makanan di Malaysia dibahagi mengikut kaum. Terdapat
makanan Melayu, Cina dan India. Makanan Melayu adalah hampir sama dengan
makanan yang terdapat di Indonesia seperti Rendang, Wajik, Dodol and
sebagainya. Makanan Melayu di Malaysia adalah berkonsepkan santan, manis dan
pedas. Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, mereka mengutamakn nasi putih. Kebanyakan hidangan masyarakat Cina adalah berkonsepkan
kukus, didih dan goreng dengan minyak yang sedikit berbanding dengan masyarakat
Melayu dan India yang berkonsepkan goreng dengan minyak yang banyak.
Bagi masyarakat
India pula, makanan India adalah lebih mengutamakan bijian, kekacang dan
sayuran seperti hidangan dhal. Konsep
kebanyakan hidangan India adalah pedas dan berempah (Bharadwaj, M., 2000) serta
kebanyakannya berbentuk roti (hidangan yang dibuat daripada tepung untuk
menggantikan nasi).
Kehidupan harian yang sibuk dan tertekan, kebanyakan
remaja akan tidur lewat malam dan ini menyebabkan remaja kini makan bukan 3
kali sehari tetapi 4-6 kali sehari termasuk makan lewat malam. Budaya suka
makan lewat malam menyebabkan masalah obesiti di kalangan remaja. Restoran
dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan
ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat
malam. Kadar metabolisme semua
manusia adalah rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah
berkumpul di dalam tubuh badan. Akhirnya masalah obesiti berlaku.
Diagram 1: Pengaruh gaya pemakanan
Zaman globalisasi dan kemajuan teknologi yang semakin
canggih menyebabkan gaya pemakanan masyarakat di merata tempat telah berubah
dan mula cenderung kepada gaya pemakanan masyarakat Barat yang mengutamakan
makanan ringan, makanan segera dan snek yang mengandungi banyak bahan pengawet
dan pewarna (Pan, Y.L., Dixon, Z., Himburg, S., & Huffman, F., 1999).
Pelbagai jenis bahan makanan di Malaysia dan Indonesia telah diubah cara
pemprosesannya kerana masyarakat kini semakin sibuk dengan kerja seharian sehingga
tidak mempunyai masa untuk masak di dapur. Maka, terhasilnya makanan segera
seperti mee segera, bubur segera dan perlbagai jenis makanan yang ditambah
dengan bahan kimia untuk mempercepatkan bahan makanan itu masak. Tabiat makan
makanan ringan, makanan segera dan snek yang berpanjangan akan menyebabkan
kemerosotan kesihatan pada seseorang individu.
Gizi merupakan salah satu penentu kualiti sumber tenaga
manusia. Kekurangan gizi akan menyebabkan kegagalan pertumbuhan fizikal dan
perkembangan kecerdasan, menurunkan produktiviti, menurunkan daya tahan badan,
meningkatkan risiko penyakit kronik dan kematian. Ketidakseimbangan gizi pula
akan menyebabkan masalah kesihatan seperti masalah obesiti, masalah buah
pinggan, dan sebagainya. Masalah kekurangan atau ketidakseimbangan gizi
dipengaruhi oleh gaya pemakanan, kemampuan, tahap pendidikan dan tahap
kesihatan fizikal dan mental sesebuah keluarga. Bagi keluarga yang miskin dan
tidak berkemampuan, gaya pemakanan mereka adalah kurang sihat dari segi
kuantiti yang dimakan dan jenis makanan yang dimakan.
Apabila seseorang individu
tidak mengamalkan gizi yang seimbang dan gemar memakan makanan berlemak yang
bergula tinggi akan menyebabkan masalah kegemukan. Pada zaman kini di mana
persepsi setiap manusia adalah menitikberatkan bentuk badan yang ramping dan cantik
menyebabkan individu yang berbadan besar akan ditertawakan dan diejek daripada
orang di sekeliling mereka. Bagi mereka yang ditertawakan oleh ibu bapa dan
rakan baik, gangguan emosi adalah lebih mendalam sehingga menyebabkan mereka
berasa rendah diri dan tidak berkeyakinan terhadap diri mereka sendiri serta
mempunyai harga diri yang rendah. Sifat- sifat negatif ini akan menyebabkan
mereka tidak berani berdepan dengan orang ramai dan tidak berjaya dalam
kehidupan mereka akibat daripada mengasingkan diri daripada masyarakat.
Walau bagaimanapun,
kelancaran seseorang individu belajar juga bergantung kepada nutiren yang
diambilnya. Menurut Bowker et al.
(1990), sarapan pagi mempengaruhi kebolehan kognitif seseorang. Currie et al.
(1997) dan Roberts et al. (1997) dalam Bowker
et al. (1999), mendapati gaya pemakanan pelajar adalah tidak sihat
kerana tidak mengambil sarapan pagi sebelum mereka ke sekolah. Simeon dan
MacGregor (1989) dalam Bowker (1999) pula menyatakan bahawa tidak mengambil
atau kurang mengambil sarapan pagi dikaitkan dengan prestasi pembelajaran yang
lemah di sekolah. Rosso (1999), menyatakan bahawa tahap kesihatan dan nutrisi
yang rendah di kalangan pelajar sekolah menyumbang kepada sistem pendidikan
yang tidak efisien. Oleh itu, jika seseorang individu tidak bersarapan pagi,
pembelajaran seseorang individu itu mungkin akan terbantut.
Menurut Prof. DR. Made Astawan, Dosen Jurusan
Teknologi Pangan dan Gizi-IPB, pola makanan yang
dianjurkan adalah pola makanan yang memberi sumbangan tenaga 60%-70% daripada
karbohidrat, 15%-20% daripada protein, dan 20%-30% daripada lemak. Disamping
itu, lebih baik jika ada penambahan yang cukup daripada vitamin, mineral dan
serat. Pola makanan tersebut dibahagikan kepada tiga waktu, iaitu untuk waktu
makan pagi, tengah hari dan makan malam. Walau apa-apa pun, sarapan pagi
memainkan peranan yang penting dan tidak boleh diabaikan, kerana sarapan akan
memberi tenaga untuk melakukan kerja dari pagi hingga petang.
Secara keseluruhan, kesan utama hasil daripada gizi yang
tidak seimbang di Malaysia dan Indonesia adalah kegemukan atau obes dan masalah
prestasi pembelajaran. Kesan daripada kegemukan ini adalah masalah emosi dan
psikososial di mana seseorang individu ini akan kekurangan keyakinan diri dan
harga diri hasil daripada ejekan orang lain.
Gaya pemakanan kebanyakan
masyarakat di Malaysia dan Indonesia adalah makan secara ikut suka. Gaya
pemakanan mereka adalah cenderung kepada masyarakat barat, iaitu mengutamakan
makanan ringan berbanding dengan makan utama mereka. Mereka boleh bekerja
sambil makan snek. Bagi sesetengan remaja yang akil baligh, mereka makan tidak
mengikut masa dan akan makan apabila rasa lapar bagi pertumbuhan fizikal. Oleh
itu, boleh dikatakan mereka makan hampir 4-6 kali sehari dan dalam kuantiti
yang banyak. Walaupun makan bagi tujuan pertumbuhan tetapi jika berlebihan, ini
akan menyebabkan kegemukan yang kita boleh melihat remaja obes pada masa kini.
Jadual 1
: Contoh menu untuk remaja lelaki (2,700 kilokalori)
Sarapan
1 ½ cawan nasi lemak
½ telur rebus
2 ½ sudu besar sambal ikan bilis
4 hiris timun
1 cawan susu lemak rendah
+ 1 sudu kecil gula
Minum Pagi
1 biji karipap sardin
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 ½ sudu kecil gula
1 hiris betik
Makan Tengahari
1 mangkuk (sederhana) sup mee / bihun
dengan udang, daging ayam, sawi dan taugeh
1 biji sederhana belimbing besi
Air kosong
Minum Petang
2 potong (kecil) kuih lapis
1 potong epal
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula
Makan Malam
2 cawan nasi
1 ekor (sederhana) ikan kembung masak asam
pedas
1 cawan kangkung bercili
½ keping taukua dengan sayur campur
1 hiris tembikai
Air Kosong
Minum Malam
1 cawan susu rendah lemak
Jadual 2
: Contoh menu untuk remaja perempuan (2,100 kilokalori)
Sarapan
1 cawan nasi lemak
½ biji telur rebus
2 ½ sudu besar sambal ikan bilis
4 hiris timun
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula
Minum Pagi
1 biji karipap daging
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 ½ sudu kecil gula
Makan Tengahari
1 mangkuk (sederhana) mee / bihun hailam
dengan udang, ayam, sawi dan taugeh
1 hiris (sederhana) tembikai
Air Kosong
Minum Petang
1 biji kuih cucur badak
1 potong epal
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula
Makan Malam
1 ½ cawan nasi
1 ekor (sederhana) ikan kembung masak kunyit
½ cawan kangkung bercili
½ keping taukua dengan sayur campur
1 hiris belimbing besi
Air
kosong
Kesimpulan
Gaya pemakanan remaja di negara Indonesia dan Malaysia
adalah tidak sihat dan perlu diberi perhatian kerana kesan daripada gaya
pemakanan tidak sihat ini adalah merugikan masyarakat dan negara. Gaya
pemakanan yang tidak sihat adalah seperti makan makanan yang tidak sihat seperti
makanan berlemak, bergula dan bergaram tinggi (makanan berkalori tinggi)
sedangkan aktiviti fizikal tidak memerlukan tenaga yang banyak. Selain itu,
masyarakat suka makan ikut suka mereka dan tidak makan ikut masa dan kekerapan
yang sesuai. Ini menyebabkan keperluan nutrien pada badan adalah tidak sihat.
Gaya pemakanan di masyarakat di Malaysia dan Indonesia adalah cenderung kepada
masalah kegemukan dan bukannya kurang berat badan.
Kesan kegemukan ini menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan dan penyakit kronik seperti masalah jantung, buah pinggan, kencing
manis dan pelbagai lagi penyakit kronik. Selain itu, gangguan emosi juga akan
terjadi seperti kemurungan dan depresi. Gangguan emosi ini terjadi mungkin
disebabkan seseorang individu ini mengambil kira pandangan orang lain terhadap
masalah berat badannya itu. Masalah kegemukan ini boleh mengurangkan keyakinan
diri dan harga diri seseorang individu dan akhirnya cuba mengasingkan diri
daripada pandangan orang ramai bagi mengelakkan ejekan masyarakat. Pengelakan
ini mungkin akan menyebabkan negara rugi dari segi tenaga pekerja yang
berpotensi. Selain itu, bagi individu yang tidak mengamabil sarapan pagi akan
menjejaskan pretasi pembelajaran kerana kelaparan mengganggu konsentrasinya.
Oleh itu, bagi menghapuskan masalah yang merugikan
masyarakat dan negara, cara terbaik ialah memberi pendidikan kepada setiap
masyarakat dengan memberi ceramah atau seminar tentang bahaya ketidakseimbangan
gizi dan gaya pemakanan yang tidak sihat. Dengan ini, masyarakat akan lebih
mendisiplinkan diri dalam menjaga diet pemakanan mereka dan juga ornag
tersayang mereka.
Kesimpulannya, gaya pemakanan yang tidak sihat akan
memberi kesan negatif kepada individu itu sendiri dan juga masyarakat serta
negara. Bagi mengatasi masalah ini, individu itu sendiri perlulah
bertanggungjawab dalam mendisiplinkan diri dan semua pihak yang terbabit
perlulah bekerjasama mengatasi masalah ini terutamanya pihak kerajaan.
Rujukan
-
. (2010, August
10). Industries In Malaysia. Retrieved
from http://www.mida.gov.my/en_v2/index.php?page=food-industries
-
.
(n.d) . Healthy Diet Plans: Low Calorie
Best Fat Burning Food. Retrieved from http://www.organichealthyeating.com/healthy-diet-plans.html
-
. (2009, December 12). Gaya Hidup Sehat. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/23474553/gaya-hidup-sihat
-
. (2010, May 6). Budaya
Makan Malam Punca Obesiti. Retrieved from http://jknpenang.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=85
-
. (2007 November) Nutrition
Assistance Program Report Series The Office of Research, Nutrition and Analysis.
Almatsier, Sunita. (2004). Prinsip
Dasar Ilmu Gizi. Jakarta : PT.
Gramedia Pustaka Utama
Hadi, Hamam.
(2005). Beban Ganda Masalah
Gizi Dan Implikasi Nya Terhadap Kebijakan Pembangunan Kesehatan Nasional.
Speech at Pidato
Pengukuhan Jabatan Guru Besar in Fakultas Kedokteran Universitas Gadjah Mada.
Jodawarto, Widodo. (n.d). Perilaku Makan Anak Sekolah. Jakarta: Picky Eaters Clinic.
Norani Sidek, Madya. (2005 November 24). Pembudayaan Makanan Malaysia: Speech at Sambutan Hari Makanan Sedunia
kali ke-25. Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti
Teknologi MARA Shah Alam, Selangor.
Noorimah, AK. (2008). Food Consumption Patterns:
Findings from the Malaysian Adult Nutrition Survey(MANS). Kuala Lumpur.
Taslim, Nurpudji. (n. d). Kontroversi
seputar gizi buruk : Apakah Ketidakberhasilan Departemen Kesehatan?.
Retrieved from http://www.gizi.net/.
Winarno, F.G . (1997). Kimia Pangan
Dan Gizi .Jakarta : PT. Gramedia Pustaka Utama
Wong,
Sam. (2010, March 20). Makanan Segera
yang Berleluasa. Retrieved from http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/keselamatan-produk/168-makanan-segera-yang-berleluasa
Tidak ada komentar:
Posting Komentar