Sabtu, 24 Maret 2012

GAYA PEMAKANAN ANTARA REMAJA INDONESIA DAN MALAYSIA


                                                                    Makalah


Disusun dalam Rangka Kegiatan UM – UPI Stundent Exchange
Tanggal 21 Juli – 18 Agustus 2010




Disusun oleh,
Okeu Rizky Suparman
Mauren Gitta Miranti Syahrudin
Mela Amelia
(Indonesia University of Education)
Leong Kit Yen
Siti Nur Fatihah Binti Harun
(University of Malaya)



  
UNIVERSITI MALAYA
BEKERJASAMA DENGAN
UNIVERSITAS PENDIDIKAN INDONESIA
BANDUNG
2010


Food Habitual Teenager in Malaysia and Indonesia
(Gaya Pemakanan Antara Remaja Malaysia dan Indonesia)
Okeu Rizky Suparman
Mauren Gitta Miranti Syahrudin
Mela Amelia
(Indonesia University of Education)
Leong Kit Yen
Siti Nur Fatihah Binti Harun
(University of Malaya)

Abstract
ABSTRACT
Nutrients and a balanced diet is very important to an individual for a balanced diet of nutrients and allows the physical and mental health. According to Bowker et al. (1990), breakfast affects cognitive ability of a people. Currie et al. (1997) and Roberts et al. (1997) in Bowker et al. (1999), that now on the food habitual student  is not healthy because students do not take breakfast before they go to school. This study is analyse food habitual teenagers in Indonesia and Malaysia in their daily life. Which is can affect they way they study and spare they knowledge. Simeon and MacGregor (1989) in Bowker (1999) also said that does not take or not take breakfast is associated with poor performance in school learning. Documentation analysis was used as a methodology to answer the research questions. Findings show Teenagers in Malaysia and Indonesia who practice unhealthy eating styles, so that nutrients and nutrient imbalances occur and affect the physical, mental and social. Tonny Sajimin from the Department of Medicine, Faculty Doctoral Gajah Mada University, Indonesia said that the nutritional status has a positive correlation with the physical quality of people.So should be given an education to each community by giving lectures or seminars on the dangers of imbalance diet and unhealthy eating styles. With this, people will be more self-discipline in maintaining their diet and their beloved family. Due to the negative style of eating has proven negative effects.
Keyword:Food habitual, Nuutrition, teenager



  
Food Habitual Teenager in Malaysia and Indonesia
(Gaya Pemakanan Antara Remaja Malaysia dan Indonesia)
Okeu Rizky Suparman
Mauren Gitta Miranti Syahrudin
Mela Amelia
(Indonesia University of Education)
Leong Kit Yen
Siti Nur Fatihah Binti Harun
(University of Malaya)


Abstract
Nutrisi dan diet yang seimbang sangat penting bagi individu untuk diet seimbang dan membolehkan nutrisi kesihatan fizikal dan mental. Menurut Bowker et al. (1990), sarapan mempengaruhi kemampuan kognitif dari orang. Currie et al. (1997) dan Roberts et al. (1997) dalam Bowker et al. (1999), yang sekarang mahasiswa kebiasaan makanan tidak sihat kerana pelajar tidak sarapan sebelum mereka pergi ke sekolah. Pengajian ini menganalisis kebiasaan makanan remaja di Indonesia dan Malaysia dalam kehidupan sehari-hari. Yang dapat mempengaruhi mereka cara belajarnya dan suku mereka pengetahuan. Simeon dan Macgregor (1989) dalam Bowker (1999) juga mengatakan bahawa tidak mengambil atau tidak mengambil sarapan dikaitkan dengan prestasi yang buruk di sekolah belajar. Dokumentasi analisis digunakan sebagai metodologi untuk menjawab soalan kajian. Penemuan menunjukkan remaja di Malaysia dan Indonesia amalan yang gaya makan tidak sehat, sehingga gizi dan ketidakseimbangan gizi berlaku dan mempengaruhi fizikal, mental dan sosial. Tonny Sajimin daripada Jabatan Perubatan, Fakulti Doktor Universiti Gajah Mada, Indonesia mengatakan bahawa status gizi mempunyai korelasi positif dengan high fizikal manusia . Jadi harus diberikan pendidikan kepada masyarakat masing-masing dengan memberikan kuliah atau seminar mengenai bahaya ketidakseimbangan diet dan gaya makan yang tidak sihat. Dengan ini, orang akan lebih disiplin diri dalam mempertahankan diet mereka dan keluarga tercinta mereka. Karena gaya negatif dari makan telah membuktikan kesan negative
Keyword:Food habitual, Nuutrition, teenager





Pengenalan
Nutrien dan  gizi yang seimbang adalah amat penting kepada seseorang individu kerana nutrien dan gizi yang seimbang ini membolehkan perkembangan fizikal dan mental yang sihat. Menurut Govindji et al. (2002), pelajar yang kekurangan nutrien tertentu dalam dietnya; contohnya, zat besi, iodin dan protein tidak mempunyai potensi yang sama untuk belajar seperti pelajar yang sihat. Beliau juga menyatakan bahawa, diet yang tidak sihat menjadi salah satu penyebab berlakunya kemurungan atau perasaan dan emosi yang tidak stabil. Ini bermakna, nutrien dan gizi yang seimbang adalah amat penting untuk perkembangan fizikal dan mental supaya proses pembelajaran adalah lancar.
Menurut Bowker et al. (1990), sarapan pagi mempengaruhi kebolehan kognitif seseorang. Currie et al. (1997) dan Roberts et al. (1997) dalam Bowker et al. (1999), mendapati gaya pemakanan pelajar adalah tidak sihat kerana tidak mengambil sarapan pagi sebelum mereka ke sekolah. Simeon dan MacGregor (1989) dalam Bowker (1999) pula menyatakan bahawa tidak mengambil atau kurang mengambil sarapan pagi dikaitkan dengan prestasi pembelajaran yang lemah di sekolah. Rosso (1999), menyatakan bahawa tahap kesihatan dan nutrisi yang rendah di kalangan pelajar sekolah menyumbang kepada sistem pendidikan yang tidak efisien. Oleh itu, jika seseorang individu tidak bersarapan pagi, pembelajaran seseorang individu itu mungkin akan terbantut.
Gaya pemakanan masyarakat di Malaysia adalah kurang sihat sehingga menyebabkan gizi tidak seimbang. Menurut Tatang S. Falah (2006), banyak kota di Indonesia, masyarakatnya mengalami gizi yang tidak seimbang dan adalah teruk. Kajian syarikat maklumat pasaran TNS Asia panel tidak lama dahulu mendapati bahawa Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara lain di Asia (Utusan Malaysia Online, 2007).
Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan masyarakat Malaysia dan Indonesia yang menikmatinya daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya Indonesia dan Malaysia. Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia dan juga Indonesia. (Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor, 2010). Selain itu kandungan kolesterol yang terdapat dalam minyak jenuh makanan segera sangatlah berbahaya untuk tubuh.
Gaya pemakanan yang tidak sihat akan mengakibatkan masalah kegemukan yang akan juga mempengaruhi emosi serta psikososial seseorang individu. Selain itu, proses pembelajaran juga akan terbantut jika mengamalkan gizi yang tidak seimbang hasil daripada gaya pemakanan yang tidak sihat. Apabila seseorang individu mengamalkan gizi yang tidak seimbang, individu ini mungkin akan mengalami masalah kegemukan atau terlalu kurus. Kebanyakan masyarakat di Malaysia dan Indonesia lebih cenderung menjadi obes berbanding yang terlalu kurus kerana cara penyediaan makanan adalah kurang sihat di mana makanan dimasak dengan cara menggoreng.
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit.  Oleh itu, masalah kegemukan yang akan menyebabkan masalah emosi dan psikososial perlulah diatasi dengan segera dengan memberi perhatian kepada gizi seimbang semasa makan.

Objektif Kajian
1.   Mengkaji gaya pemakanan bagi remaja sebagai rujukan menu sihat seimbang.
2.   Mengenalpasti gaya pemakanan untuk remaja Indonesia dan Malaysia
3.   Mengkaji kesan daripada gaya pemakanan antara remaja Indonesia dan Malaysia.
4.   Mengenalpasti gaya pemakanan yang sihat untuk remaja Malaysia dan Indonesia

Soalan Kajian

1.   Apakah gaya pemakanan remaja sebagai rujukan menu sihat seimbang ?
2.   Apakah gaya pemakanan remaja Indonesia dan Malaysia ?
3.   Apakah kesan gaya pemakanan antara remaja Indonesia dan Malaysia ?
4.   Apakah gaya pemakanan yang sihat untuk remaja Indonesia dan Malaysia ?

Metodologi
Metodologi yang digunakan untuk mendapatkan hasil kajian adalah dengan cara analisisis dokumen, iaitu dari sumber sekunder. Selain itu, ahli kumpulan juga membuat pemerhatian ke atas orang disekelilingnya bagi mendapatkan maklumat berdasarkan maklumat daripada sumber sekunder. Proses soal selidik dan temubual tidak dijalankan kerana kekangan masa. Kesahan dan kebolehperayaan untuk kajian kami agak sukar untuk ditentukan kerana data adalah data sekunder. Walau bagaimanapun, kebolehpercayaan dan kesahan kajian berskala kecil kami berdasarkan kebolehpercayaan dan kesahan dari data asal yang kami pilih sebagai data sekunder. Data sekunder kajian adalah dari artikel jurnal dan official website dari internet.


Hasil Kajian
Hasil kajian dibincangkan berdasarkan soalan kajian seperti di atas. Dalam soalan kajian pertama, makanan yang bergizi dan bernutrien adalah makanan yang mengandungi zat-zat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan agar tubuh badan dapat melakukan fungsi-fungsinya dengan sebaik-baiknya. Dengan kata lain, zat atau nutrien sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk pertumbuhan, pemuliharaan dan pemeliharaan tisu-tisu tubuh badan supaya semua organ badan berfungsi dengan baik.
Menurut Prof. DR. Made Astawan, Dosen Jurusan Teknologi Pangan dan Gizi-IPB, status gizi seseorang dipengaruhi oleh banyak faktor, antara lain tingkat pendapatan, pengetahuan gizi dan budaya setempat.Tingginya pendapatan yang tidak diimbangi pengetahuan gizi yang cukup, akan menyebabkan seseorang menjadi sangat konsumtif dalam pola makannya sehari-hari. Dapat dipastikan bahawa pemilihan suatu bahan makanan lebih didasarkan kepada pertimbangan selera daripada nilai gizi.
Dewasa ini, arus globalisasi semakin meningkat dan turut memberi kesan kepada peningkatan globalisasi pada penggunaan makanan. Hal ini memang tidak dapat dielakkan. Kecenderungan untuk memakan makanan import seperti makanan segera telah mengalami peningkatan yang tinggi terutamanya di kalangan generasi muda dan golongan ekonomi pertengahan yang tinggal di bandar. Makanan segera yang sangat digemari oleh para remaja adalah seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Mc Donalds, Pizza Hut dan banyak lagi. Jadi, hal ini memberi kesan buruk kepada makanan tradisional. Minat terhadap makanan tradisional mulai menurun.
Secara umumnya, gizi dan nutrien sangat mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal seseorang individu. Selain itu, gizi dan nutrien juga memberi kesan kepada produktiviti dan juga kecekapan seseorang sama ada semasa belajar atau membuat kerja..
Dalam soalan kajian kedua, Negara Malaysia dan Indonesia memiliki budaya masing-masing. Budaya makan di kedua-dua negara ini juga melalui proses asimilasi. Terdapat pelbagai jenis makanan di kedua-dua negara ini. Makanan di Indonesia dibahagikan mengikut daerah  dan makanan di Malaysia dibahagikan mengikut kaum. Di Kota Bandung-Indonesia, kebanyakan remaja lebih gemar memilih makanan kegemaran mereka berbanding menilai diet makanan yang diambil.  Makanan kegemaran bagi kebanyakan remaja di Kota Bandung adalah Batagor (tauhu yang diisi dengan campuran aci- tepung tapioka dan daging ikan tengiri), Nasi Goreng, Mee Kocok, Siomay (Makanan khas Bandung yang dibuat dari tepung aci dan ikan), Lontong Kari, Ayam Penyet Goreng dan banyak lagi. Makanan Indonesia kebanyakannya berkonsepkan goreng dengan minyak yang banyak. Bagi individu yang gemar makanan bergoreng ini tanpa had atau limitasi, individu ini besar kemungkinan mengalami masalah obesiti.
Makanan di Malaysia dibahagi mengikut kaum. Terdapat makanan Melayu, Cina dan India. Makanan Melayu adalah hampir sama dengan makanan yang terdapat di Indonesia seperti Rendang, Wajik, Dodol and sebagainya. Makanan Melayu di Malaysia adalah berkonsepkan santan, manis dan pedas. Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, mereka mengutamakn nasi putih manakala masyarakat Cina pula gemar memakan mee bagi menggantikan nasi putih.
Makanan masyarakat Cina terbahagi kepada dua sifat, iaitu Yin (sejuk- menurunkan kadar metabolisme) dan Yang (panas- meningkatkan kadar metabolisme). Makanan yang seimbang bermaksud makanan yang mempunyai keseimbangan antara Yin dan Yang. Bagi mencapai kesihatan maksimum, seseorang individu perlu memakan makanan yang seimbang antara Yin dan Yang (Anderson, E.N., 1987). Kebanyakan hidangan masyarakat Cina adalah berkonsepkan kukus, didih dan goreng dengan minyak yang sedikit berbanding dengan masyarakat Melayu dan India yang berkonsepkan goreng dengan minyak yang banyak.
 Bagi masyarakat India pula, makanan India adalah lebih mengutamakan bijian, kekacang dan sayuran seperti hidangan dhal. Konsep kebanyakan hidangan India adalah pedas dan berempah (Bharadwaj, M., 2000) serta kebanyakannya berbentuk roti (hidangan yang dibuat daripada tepung untuk menggantikan nasi). 
Dalam kajian ketiga, remaja di Negara Malaysia dan Indonesia yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan ketidakseimbangan nutrien dan gizi lalu memberi kesan ke atas aspek fizikal, mental dan sosial. Seperti yang dinyatakan di bahagian pengenalan, seseorang individu yang tidak mempunyai nutrien yang seimbang, individu ini akan mengalami masalah pembelajaran. Hal ini berlaku kerana nutrien yang penting tidak mencukupi untuk bahagian otak. Bagi individu yang tidak bersarapan pagi akan menyebabkannya tidak dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran dan aktiviti hariannya. Hal ini berlaku kerana kelaparan yang menyebabkan pengeluaran tenaga lebih daripada pengambilan tenaga. Oleh itu, bagi menjamin kehidupan harian yang produktif, pengambilan sarapan pagi yang seimbang adalah penting. 
Tonny Sajimin dari Jurusan Perubatan, Fakulti Kedoktoran Universiti Gajah Mada, Indonesia mengatakan bahawa status gizi mempunyai korelasi positif dengan kualiti fizikal manusia. Semakin baik status gizi seseorang individu, semakin baik kualiti fizikalnya. Hal ini bermaksud, jika seseorang individu itu mempunyai status gizi yang baik, maka ketahananan dan kemampuan tubuh badan individu tersebut mampu melakukan pekerjaan dengan baik. Menurut Darwin Karyadi (1984), gizi yang seimbang boleh menaikkan produktiviti seseorang individu. Pada dasarnya, zat-zat yang diperlukan oleh seseorang individu bergantung kepada aktiviti yang dilakukannya dalam sehari. Semakin berat aktiviti yang dilakukan, semakin banyak tenaga yang diperlukan. Berdasarkan sumber daripada Widya Karya Nasional Pangan Dan Gizi, LIPI 1998, keperluan tenaga bagi kaum lelaki dan perempuan adalah berbeza. Didapati keperluan tenaga bagi kaum perempuan adalah lebih rendah berbanding dengan kaum lelaki.
Jadual 1: Keperluan Tenaga Mengikut Umur
UMUR
JENIS KELAMIN
LAKI-LAKI
WANITA
10 – 12
2000  Kkal
1900  Kkal
13 – 15
2400  Kkal
2100  Kkal
16 – 19
2500  Kkal
2000  Kkal
20 – 45
2800  Kkal
2200  Kkal
46 – 59
2500  Kkal
2100  Kkal
>60
2200  Kkal
1850  Kkal

Sumber : Widya Karya Nasional Pangan Dan Gizi, LIPI 1998
Kabohidrat yang tidak digunakan untuk menghasilkan tenaga terkumpul di dalam tubuh badan akan menjadi lemak badan dan akhirnya menyebabkan obes.
Carta 1: Purata min makanan yang dimakan oleh masyarakat Malaysia

Merujuk Carta 1, masyarakat Malaysia gemar makan nasi putih (kabohidrat). Jika seseorang individu tidak banyak mengerakkan badannya, tetapi masih mengambil nasi putih yang banyak, individu ini akan menjadi obes pada jangka masa yang panjang.
Keperluan Angka Metabolik atau Basal Metabolic Rate (BMR) adalah keperluan kalori minimum yang diperlukan untuk menampung kehidupan semasa seseorang individu itu berehat. BMR adalah faktor terbesar dalam menentukan tahap metabolisme secara keseluruhan dan berapa banyak kalori yang diperlukan untuk mengekalkan, mengurangkan atau meningkatkan berat badan. BMR ditentukan oleh ukuran dan komposisi tubuh badan, umur dan gender. Selain itu, berat badan juga menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi BMR
Jadual 2: Rumusan FAO/WHO/UNU untuk menentukan BMR

Kumpulan Umur
BMR
Lelaki
Perempuan
0-3
3 - 10
10 - 18

18 - 30
30 - 60
≥ 60
60.9 B – 54
22.7 B + 495
17.5 B + 651

15.3 B + 679
11.6 B + 879
13.5 B + 487
61.0 B – 51
22.5 B + 499
12.2 B + 746

14.7 B + 496
8.7 B + 829
10.5 B + 596
Sumber: FAO/WHO/UNU 1985 dalam Almatsier, 2004
Menurut FAO/WHO (1985), keperluan tenaga seseorang individu adalah pengambilan tenaga yang berasal daripada makanan yang diperlukan untuk menutupi pengeluaran tenaga seseorang. Jika pengambilan tenaga adalah melebihi pengeluaran tenaga (gizi tidak seimbang), seseorang individu itu akan mengalami masalah kegemukan. Pengambilan tenaga boleh dikira berdasarkan aktiviti fizikal yang dijalankan dalam seharian dan ini juga bergantung kepada gender seseorang individu itu. Merujuk kepada Jadual 2: Perhitungan Aktiviti, kaum perempuan mempunyai nilai yang kurang daripada lelaki kerana komposis tubuh badan atau saiz badan yang kecil hanya memerlukan tenaga yang kurang berbanding dengan lelaki.
Jika gaya pemakanan yang tidak sihat seperti memakan makanan penuh gula dan lemak walaupun aktiviti ringan yang dijalankan (makanan yang memberi tenaga yang banyak), individu ini akan mengalami kegemukan jika berlanjutan dalam jangka masa yang panjang. Boleh dilihat, kebanyakan budaya makan di Malaysia dan Indonesia berkonsepkan makanan bergoreng dan bergula walaupun mereka berehat di rumah dan tidak melakukan aktiviti fizikal berat.
Bagi individu yang melakukan pekerjaan atau profesion yang memerlukan aktiviti fizikal yang rendah, mereka tidak perlu memerlukan tenaga yang banyak. Walau bagaimanapun, kebanyakan remaja di Malaysia dan Indonesia yang belajar ataupun yang bekerja dalam pekerjaan yang aktiviti fizikalnya ringan gemar memakan makanan yang menyumbangkan jumlah tenaga yang banyak (makanan berlemak dan bergula- terutamanya makanan segera - fast food). Hal  ini menyebabkan sebab utama masalah kegemukan atau obes di kalangan remaja Indonesia dan Malaysia.
Carta 2: Kekerapan remaja berumur 12-17 tahun makan makanan segera (fast food), NSW, 2005

Sumber: New South Wales School Students Health Behaviours Survey 2005 (HOIST). Centre for Epidemiology and Research, NSW Department of Health

Kebanyakan masyarakat di Malaysia dan Indonesia mengalami masalah obes kerana makan makanan tinggi lemak yang terkandung pada makanan kegemaran mereka, iaitu makanan segera seperti McDonald. Carta 2 menunjukkan kekerapan remaja kini mengambil makanan segera. Masyarakat di Indonesia dan Malaysia adalah seperti remaja di Negara barat yang akan mengambil makanan segera sekurang-kurannya 1 kali seminggu. Carta 1 pula menunjukkan purata min makanan yang diambil oleh masyarakat Malaysia. Didapati masyarakat suka makan makanan bergula dan mengambil karbohidrat setiap hari walaupun tidak menjalankan aktiviti fizikal yang berat. Akhirnya masalah obesiti berlaku da kalangan masyarakat.
National Obesity Forum menunjukkan bahawa para remaja yang menghadapai masalah kegemukan memiliki tahap kebahagiaan, kepuasan, dan kepercayaan diri yang lebih rendah jika dibandingkan dengan anak yang sihat dan langsing badannya. 

Perbincangan
Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Bagaimanapun, ada juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah pemakanan salah. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Kaji Selidik Kesihatan & Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.
Budaya makan di kedua-dua negara ini juga melalui proses asimilasi. Terdapat pelbagai jenis makanan di kedua-dua negara ini. Makanan di Indonesia dibahagikan mengikut daerah  dan makanan di Malaysia dibahagikan mengikut kaum. Di Kota Bandung-Indonesia, kebanyakan remaja lebih gemar memilih makanan kegemaran mereka berbanding menilai diet makanan yang diambil.  Makanan kegemaran bagi kebanyakan remaja di Kota Bandung adalah Batagor, Nasi Goreng, Mee Kocok, Siomay, Lontong Kari, Ayam Penyet Goreng dan banyak lagi. Makanan Indonesia kebanyakannya berkonsepkan goreng dengan minyak yang banyak. Bagi individu yang gemar makanan bergoreng ini tanpa had atau limitasi, individu ini besar kemungkinan mengalami masalah obesiti.
Makanan di Malaysia dibahagi mengikut kaum. Terdapat makanan Melayu, Cina dan India. Makanan Melayu adalah hampir sama dengan makanan yang terdapat di Indonesia seperti Rendang, Wajik, Dodol and sebagainya. Makanan Melayu di Malaysia adalah berkonsepkan santan, manis dan pedas. Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, mereka mengutamakn nasi putih. Kebanyakan hidangan masyarakat Cina adalah berkonsepkan kukus, didih dan goreng dengan minyak yang sedikit berbanding dengan masyarakat Melayu dan India yang berkonsepkan goreng dengan minyak yang banyak.
 Bagi masyarakat India pula, makanan India adalah lebih mengutamakan bijian, kekacang dan sayuran seperti hidangan dhal. Konsep kebanyakan hidangan India adalah pedas dan berempah (Bharadwaj, M., 2000) serta kebanyakannya berbentuk roti (hidangan yang dibuat daripada tepung untuk menggantikan nasi). 
Kehidupan harian yang sibuk dan tertekan, kebanyakan remaja akan tidur lewat malam dan ini menyebabkan remaja kini makan bukan 3 kali sehari tetapi 4-6 kali sehari termasuk makan lewat malam. Budaya suka makan lewat malam menyebabkan masalah obesiti di kalangan remaja. Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam. Kadar metabolisme semua manusia adalah rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul di dalam tubuh badan. Akhirnya masalah obesiti berlaku.

















Diagram 1: Pengaruh gaya pemakanan
Zaman globalisasi dan kemajuan teknologi yang semakin canggih menyebabkan gaya pemakanan masyarakat di merata tempat telah berubah dan mula cenderung kepada gaya pemakanan masyarakat Barat yang mengutamakan makanan ringan, makanan segera dan snek yang mengandungi banyak bahan pengawet dan pewarna (Pan, Y.L., Dixon, Z., Himburg, S., & Huffman, F., 1999). Pelbagai jenis bahan makanan di Malaysia dan Indonesia telah diubah cara pemprosesannya kerana masyarakat kini semakin sibuk dengan kerja seharian sehingga tidak mempunyai masa untuk masak di dapur. Maka, terhasilnya makanan segera seperti mee segera, bubur segera dan perlbagai jenis makanan yang ditambah dengan bahan kimia untuk mempercepatkan bahan makanan itu masak. Tabiat makan makanan ringan, makanan segera dan snek yang berpanjangan akan menyebabkan kemerosotan kesihatan pada seseorang individu.
Gizi merupakan salah satu penentu kualiti sumber tenaga manusia. Kekurangan gizi akan menyebabkan kegagalan pertumbuhan fizikal dan perkembangan kecerdasan, menurunkan produktiviti, menurunkan daya tahan badan, meningkatkan risiko penyakit kronik dan kematian. Ketidakseimbangan gizi pula akan menyebabkan masalah kesihatan seperti masalah obesiti, masalah buah pinggan, dan sebagainya. Masalah kekurangan atau ketidakseimbangan gizi dipengaruhi oleh gaya pemakanan, kemampuan, tahap pendidikan dan tahap kesihatan fizikal dan mental sesebuah keluarga. Bagi keluarga yang miskin dan tidak berkemampuan, gaya pemakanan mereka adalah kurang sihat dari segi kuantiti yang dimakan dan jenis makanan yang dimakan.
Apabila seseorang individu tidak mengamalkan gizi yang seimbang dan gemar memakan makanan berlemak yang bergula tinggi akan menyebabkan masalah kegemukan. Pada zaman kini di mana persepsi setiap manusia adalah menitikberatkan bentuk badan yang ramping dan cantik menyebabkan individu yang berbadan besar akan ditertawakan dan diejek daripada orang di sekeliling mereka. Bagi mereka yang ditertawakan oleh ibu bapa dan rakan baik, gangguan emosi adalah lebih mendalam sehingga menyebabkan mereka berasa rendah diri dan tidak berkeyakinan terhadap diri mereka sendiri serta mempunyai harga diri yang rendah. Sifat- sifat negatif ini akan menyebabkan mereka tidak berani berdepan dengan orang ramai dan tidak berjaya dalam kehidupan mereka akibat daripada mengasingkan diri daripada masyarakat.
Walau bagaimanapun, kelancaran seseorang individu belajar juga bergantung kepada nutiren yang diambilnya. Menurut Bowker et al. (1990), sarapan pagi mempengaruhi kebolehan kognitif seseorang. Currie et al. (1997) dan Roberts et al. (1997) dalam Bowker et al. (1999), mendapati gaya pemakanan pelajar adalah tidak sihat kerana tidak mengambil sarapan pagi sebelum mereka ke sekolah. Simeon dan MacGregor (1989) dalam Bowker (1999) pula menyatakan bahawa tidak mengambil atau kurang mengambil sarapan pagi dikaitkan dengan prestasi pembelajaran yang lemah di sekolah. Rosso (1999), menyatakan bahawa tahap kesihatan dan nutrisi yang rendah di kalangan pelajar sekolah menyumbang kepada sistem pendidikan yang tidak efisien. Oleh itu, jika seseorang individu tidak bersarapan pagi, pembelajaran seseorang individu itu mungkin akan terbantut.
Menurut Prof. DR. Made Astawan, Dosen Jurusan Teknologi Pangan dan Gizi-IPB, pola makanan yang dianjurkan adalah pola makanan yang memberi sumbangan tenaga 60%-70% daripada karbohidrat, 15%-20% daripada protein, dan 20%-30% daripada lemak. Disamping itu, lebih baik jika ada penambahan yang cukup daripada vitamin, mineral dan serat. Pola makanan tersebut dibahagikan kepada tiga waktu, iaitu untuk waktu makan pagi, tengah hari dan makan malam. Walau apa-apa pun, sarapan pagi memainkan peranan yang penting dan tidak boleh diabaikan, kerana sarapan akan memberi tenaga untuk melakukan kerja dari pagi hingga petang.
Secara keseluruhan, kesan utama hasil daripada gizi yang tidak seimbang di Malaysia dan Indonesia adalah kegemukan atau obes dan masalah prestasi pembelajaran. Kesan daripada kegemukan ini adalah masalah emosi dan psikososial di mana seseorang individu ini akan kekurangan keyakinan diri dan harga diri hasil daripada ejekan orang lain.
Gaya pemakanan kebanyakan masyarakat di Malaysia dan Indonesia adalah makan secara ikut suka. Gaya pemakanan mereka adalah cenderung kepada masyarakat barat, iaitu mengutamakan makanan ringan berbanding dengan makan utama mereka. Mereka boleh bekerja sambil makan snek. Bagi sesetengan remaja yang akil baligh, mereka makan tidak mengikut masa dan akan makan apabila rasa lapar bagi pertumbuhan fizikal. Oleh itu, boleh dikatakan mereka makan hampir 4-6 kali sehari dan dalam kuantiti yang banyak. Walaupun makan bagi tujuan pertumbuhan tetapi jika berlebihan, ini akan menyebabkan kegemukan yang kita boleh melihat remaja obes pada masa kini.




Jadual 1 : Contoh menu untuk remaja lelaki (2,700 kilokalori)



Sarapan
1 ½ cawan nasi lemak
½ telur rebus
2 ½ sudu besar sambal ikan bilis
4 hiris timun
1 cawan susu lemak rendah
+ 1 sudu kecil gula

Minum Pagi
1 biji karipap sardin
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 ½ sudu kecil gula
1 hiris betik

Makan Tengahari
1 mangkuk (sederhana) sup mee / bihun
dengan udang, daging ayam, sawi dan taugeh
1 biji sederhana belimbing besi
Air kosong

Minum Petang
2 potong (kecil) kuih lapis
1 potong epal
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula

Makan Malam
2 cawan nasi
1 ekor (sederhana) ikan kembung masak asam pedas
1 cawan kangkung bercili
½ keping taukua dengan sayur campur
1 hiris tembikai
Air Kosong

Minum Malam
1 cawan susu rendah lemak







Jadual 2 : Contoh menu untuk remaja perempuan (2,100 kilokalori)



Sarapan
1 cawan nasi lemak
½ biji telur rebus
2 ½ sudu besar sambal ikan bilis
4 hiris timun
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula

Minum Pagi
1 biji karipap daging
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 ½ sudu kecil gula

Makan Tengahari
1 mangkuk (sederhana) mee / bihun hailam
dengan udang, ayam, sawi dan taugeh
1 hiris (sederhana) tembikai
Air Kosong

Minum Petang
1 biji kuih cucur badak
1 potong epal
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula

Makan Malam
1 ½ cawan nasi
1 ekor (sederhana) ikan kembung masak kunyit
½ cawan kangkung bercili
½ keping taukua dengan sayur campur
1 hiris belimbing besi
Air kosong






Kesimpulan
Gaya pemakanan remaja di negara Indonesia dan Malaysia adalah tidak sihat dan perlu diberi perhatian kerana kesan daripada gaya pemakanan tidak sihat ini adalah merugikan masyarakat dan negara. Gaya pemakanan yang tidak sihat adalah seperti makan makanan yang tidak sihat seperti makanan berlemak, bergula dan bergaram tinggi (makanan berkalori tinggi) sedangkan aktiviti fizikal tidak memerlukan tenaga yang banyak. Selain itu, masyarakat suka makan ikut suka mereka dan tidak makan ikut masa dan kekerapan yang sesuai. Ini menyebabkan keperluan nutrien pada badan adalah tidak sihat. Gaya pemakanan di masyarakat di Malaysia dan Indonesia adalah cenderung kepada masalah kegemukan dan bukannya kurang berat badan.
Kesan kegemukan ini menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik seperti masalah jantung, buah pinggan, kencing manis dan pelbagai lagi penyakit kronik. Selain itu, gangguan emosi juga akan terjadi seperti kemurungan dan depresi. Gangguan emosi ini terjadi mungkin disebabkan seseorang individu ini mengambil kira pandangan orang lain terhadap masalah berat badannya itu. Masalah kegemukan ini boleh mengurangkan keyakinan diri dan harga diri seseorang individu dan akhirnya cuba mengasingkan diri daripada pandangan orang ramai bagi mengelakkan ejekan masyarakat. Pengelakan ini mungkin akan menyebabkan negara rugi dari segi tenaga pekerja yang berpotensi. Selain itu, bagi individu yang tidak mengamabil sarapan pagi akan menjejaskan pretasi pembelajaran kerana kelaparan mengganggu konsentrasinya.
Oleh itu, bagi menghapuskan masalah yang merugikan masyarakat dan negara, cara terbaik ialah memberi pendidikan kepada setiap masyarakat dengan memberi ceramah atau seminar tentang bahaya ketidakseimbangan gizi dan gaya pemakanan yang tidak sihat. Dengan ini, masyarakat akan lebih mendisiplinkan diri dalam menjaga diet pemakanan mereka dan juga ornag tersayang mereka.
Kesimpulannya, gaya pemakanan yang tidak sihat akan memberi kesan negatif kepada individu itu sendiri dan juga masyarakat serta negara. Bagi mengatasi masalah ini, individu itu sendiri perlulah bertanggungjawab dalam mendisiplinkan diri dan semua pihak yang terbabit perlulah bekerjasama mengatasi masalah ini terutamanya pihak kerajaan.

Rujukan
-                     . (2010, August 10). Industries In Malaysia. Retrieved from  http://www.mida.gov.my/en_v2/index.php?page=food-industries
-                     . (n.d) . Healthy Diet Plans: Low Calorie Best Fat Burning Food. Retrieved from http://www.organichealthyeating.com/healthy-diet-plans.html

-                     . (2009, December 12). Gaya Hidup Sehat. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/23474553/gaya-hidup-sihat

-                     . (2010, May 6). Budaya Makan Malam Punca Obesiti. Retrieved from http://jknpenang.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=85

-                     . (2007 November) Nutrition Assistance Program Report Series The Office of Research, Nutrition and Analysis.
Almatsier, Sunita. (2004).  Prinsip Dasar  Ilmu Gizi. Jakarta : PT. Gramedia Pustaka Utama
Hadi, Hamam. (2005). Beban Ganda Masalah Gizi Dan Implikasi Nya Terhadap Kebijakan Pembangunan Kesehatan Nasional. Speech at Pidato Pengukuhan Jabatan Guru Besar in Fakultas Kedokteran Universitas Gadjah Mada.
Jodawarto, Widodo. (n.d). Perilaku Makan Anak Sekolah. Jakarta: Picky Eaters Clinic.

Norani Sidek, Madya. (2005 November 24). Pembudayaan Makanan Malaysia: Speech at Sambutan Hari Makanan Sedunia kali ke-25. Fakulti  Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor.
Noorimah, AK. (2008). Food Consumption Patterns: Findings from the Malaysian Adult Nutrition Survey(MANS). Kuala Lumpur.

Taslim, Nurpudji. (n. d). Kontroversi seputar gizi buruk : Apakah Ketidakberhasilan Departemen Kesehatan?.  Retrieved  from http://www.gizi.net/.
Winarno, F.G . (1997). Kimia Pangan Dan Gizi .Jakarta : PT. Gramedia Pustaka Utama

Wong, Sam. (2010, March 20). Makanan Segera yang Berleluasa. Retrieved from http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/keselamatan-produk/168-makanan-segera-yang-berleluasa




Tidak ada komentar:

Posting Komentar